BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

Perjalanan Yang Tidak Jemu



Seminggu makngah di Kuala Terengganu, bandar yang satu ketika dulu banyak menyimpan kenangan pahit manis makngah.
Hari ini.....
Kuala Terengganu umpama ibu muda yang tiap tahun melahirkan anak sehingga ibu muda ini tiada masa untuk dirinya dan anak-anaknya kerana terlalu sibuk, melainkan kalau nak ke kenduri kahwin, barulah dia bersolek dan kalau ada tetamu nak bertandang ke rumah, barulah rumah di bersihkan tetapi anak-anak tetap terbiar.

Makngah dulu sentiasa bangga dengan sikap orang Terengganu, walaupun masih tak maju, tapi apabila melakukan sesuatu, mereka melakukan dengan yang terbaik.
Contoh,
songket siapa yang paling bermutu?
keropok siapa yang paling sedap,?
bot layar siapa yang orang dari serata dunia datang tempah?
tembaga yang paling berkualiti?
dan banyak lagi yang baik datang dari Terengganu.

Hinggakan penyu pun decide nak meninggalkan anak-anaknya (telur-telur) di pantai Rantau Abang kerana yakin dengan kebaikan orang-orang Terengganu. Bagusnya Terengganu ini.

Tetapi hari ini generasi yang sukakan kebaikan makin kurang.
Yang tinggal hanyalah mereka yang cuba mengejar barang yang tertinggal oleh datuk nenek mereka, iaitu kemajuan.

Dalam mengejar kemajuan, mereka lupa tentang satu ilmu yang dulunya di praktikkan oleh datuk nenek mereka iaitu" apa saja, lakukan dengan terbaik".
Maka, songket, batik, keropok lekor, tembaga adalah barang biasa saja sekarang, macam negeri lain.
Sehinggakan penyu pun malas nak mendarat di Terengganu, kerana harapkan Rantau Abang, abang yang makan telur-telurnya.

Terkejutlah satu dunia apabila bumbung stadium yang baru di bina dan digunakan, roboh di Terengganu,
kolam renang bertaraf antarabangsa retak di sana sini,
dan masalah lapangan terbang yang baru di naik taraf pun tak dapat ditutup dari pengetahuan orang ramai.

Dulu kalau ke pantai, pasirnya sangat cantik, putih bersih.
Kalau adapun mereka yang sedang berpenyu di tepi pantai (kekurangan tandas awam).
Tapi hari ini, pasirnya penuh dengan sampah sarap, botol minuman baik kaca mahupun plastik, bungkusan makanan dan yang paling mengharukan diapers kanak-kanak.

(gambar hiasan)

Barang dan makanan di Terengganu memang mahal berbanding Kuala Lumpur atau pun di Kelantan.
Ikan selayang yang kecil sekilo RM6.00,
ikan kembong sederhana besar RM12.00,
cili padi kampung segenggam RM2.00.
Tetapi kalau nak murah boleh ke Mydin Mall di Kuala Terengganu.
Besar dan barangnya banyak tapi kualiti....

Orang-orang Terengganu jangan marah dengan makngah.
Makngah bukan kritik kerana benci tapi sayang.

Masih ada peluang dan ruang untuk kita kembali kepada akhlak Islam yang di ajar oleh datuk nenek kita dulu.
Nak maju, tak semestinya kita lupa dan gadaikan prinsip yang baik.
Apa salahnya dia seiring.
Biar lambat tetapi apabila sampai, ia memuaskan hati semua pihak dan menjadi sebutan yang baik dari generasi ke generasi.



"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisis Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. Amin Ya Rabb."
( Surah Al Kahfi : 10 )


0 comments: