BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 14, 2009

Jagailah Semasa Masih Ada.

30 Jun 2009!!!....
YA, 30 Jun 2009..adalah hari makngah ke klinik gigi.
Ke klinik gigi bukanlah budaya makngah. Makngah ingat selama makngah hidup di muka bumi ini, tak sampai 5 kali makngah ke sana.
Alasannye....rasa tak perlu kot.
Sehinggalah baru-baru ini makngah sakit gigi yang teramat sangat...masih lagi enggan.Tetapi atas desakan anak-anak, makngah terpaksalah pergi.

Ingatkan cerewet ke klinik gigi,lebih-lebih lagi klinik kerajaan. Rupanya tidak. Sebagai penderma darah, makngah tak perlu bayar apa-apa. Tinggalkan i.c dan ambil nombor giliran. Lepas tu, tunggu....

Kebetulan orang tak ramai pada hari itu, makngah hanya perlu tunggu 15 minit sahaja.
Alah tengok drama pun 15 minit, lepas itu iklan. Begitu juga di dalam klinik tu, macam-macam ragam makngah dapat tengok.
Nama makngah di panggil masuk. Terus duduk di kerusi panjang dan kerusi itu di baringkan untuk memudahkan doktor melihat ke dalam mulut makngah.

"Bukak mulut......"

"besar lagi...."

"gusi kakak bengkak sangat...
menanah...
gigi ni tak boleh di simpan lagi...
kena cabut...
4 batang gigi yang dah goyang......
ni dah stage 3 dah....
Saya bagi akak antibiotik untuk 5 hari, lepas tu akak datang balik ke klinik untuk cabut gigi yang goyang". penerangan Doktor yang menyebabkan makngah tak senang duduk.

"Doktor....tak ada cara lain ke nak selamatkan gigi saya.
Kalau di cabut, susahlah saya nak kunyah makanan.
Gigi gerham saya tinggal yang ini saja." Makngah cuba merayu pada Doktor.

"Boleh buat root planning, tapi kami tak buat di sini.
Akak pergilah ke klinik swasta.
Carries akak sangat tebal....
akak nak buat scalling...saya bagi tarikh untuk appointment?" cadang Doktor.

Tak banyak pilihan. Senang nak buat keputusan. Makngah pun hanya 'Yes' to antibiotik and scalling.

Makngah punya gigi yang agak cantik ( semasa muda ). Setiap kali pregnant, hilang satu gigi. Kurang kalsium katanya.
Gigi di gosok sekali sahari. Selain dari itu makngah tak buat apa-apa. Kawan-kawan pergi ke klinik gigi 6 bulan sakali, makngah rasa tak perlu.
Kawan-kawan guna benang flos untuk membuang sisi makanan, makngah malas.
Kawan-kawan guna kayu sugi, makngah geli.
Kawan-kawan kumur mulut dengan ubat kumur, makngah kata membazir.
Pada makngah semua itu tak perlu, gosok gigi dah cukup.

Hari ini makngah menyesal dengan sikap makngah yang bodoh sombong itu. Gigi yang goyang makngah tak cabut lagi. Makngah cuba nak selamatkan juga.
Jadi makngah kena ambil extra care. Setiap kali selepas makan, gosok gigi atau kumur mulut banyak kali.Makngah guna lesterine, tapi makngah tak suka kerana rasanya pedas dan manis, so makngah ganti dengan air garam suam.
Gosok gigi pun cara atas ke bawah, bukan kiri kanan. Tak gosok kuat-kuat,takut gusi merendah dan gigi nampak panjang.
Makan pun makanan yang lembut-lembut. Dan minum pun minum air tea eucommia ( macam tea cina..tanpa gula. Good for skin and blood). Dan makngah dah masuk dalam timetable, lawatan ke klinik gigi pada bulan december nanti, insahAllah.

Bila sakit gigi, bukan saja rasa denyut yang sangatan, tapi bau mulut yang sangat tidak menyenangkan. Kalau makngah saja yang bau, tak apalah.....tapi orang lain pun jadi mangsa makngah. Orang yang tahu mulut makngah busuk akan lari dari makngah tapi makngah yang tak sedar diri akan cari mereka untuk ajak bersembang.
Kesian mereka yang menjadi mangsa makngah. Semoga mereka itu mengampunkan dosa-dosa orang-orang seperti kami yang banyak menyusahkan orang lain dengan kejahilan kami...

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Amin Ya Rabb."
(Al Baqarah : 286)

0 comments: