BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

Peluang Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sudah lama makngah tidak menulis. Kebelakangan ini makngah di sibukkan oleh urusan-urusan yang agak menyeronokkan.
Pada 17hb-19hb Julai 2009, makngah mengikuti Kursus Refleksologi Sebagai Satu Kaedah Pemulihan Kesihatan Dan Stres.Kursus di anjurkan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kursus di sampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang refleksologi serta memperolehi kelayakan dan kemahiran dalam bidang Therapeutic Thai Massage Foot Reflexologist iaitu Dr Ahmad Ezanee Che Mansor Dari RE Millenium Sdn. Bhd. Beliau dibantu oleh isteri beliau The Lovely Puan Zainon dan bekas anak muridnya The Helpful Kak Engku.


Sebelum makngah nak cerita panjang lebar lagi, makngah nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak DBKL.


Demi ingin memajukan warga kota, DBKL telah berkerjasama dengan persatuan ibu tunggal Flat Jalan Jelatek Kuala Lumpur dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada puan Nor Reha Binti Kassim dan Cik Nurqistina dari DBKL yang sentiasa memantau supaya program dapat di jalankan dengan jayanya.

Bukan saja program padat dengan ilmiah, kami juga di hidangkan dengan juadah yang sangat memuaskan tekak, terutama katerer pada hari pertama.

Hanya satu saja yang makngah terkilan, tandas di flat itu sungguh menjijikkan. Harap pengurusan DBKL di situ lebih serius dalam urusan kebersihan, apatahlagi dalam negara di serang berbagai jenis kuman yang meragut nyawa.


Selama ini makngah tidak tahu yang DBKL ada menyediakan kursus yang berbagai untuk warga kota yang memerlukan. Rugi kalau persatuan penduduk di kota tidak mengambil kesempatan ini untuk menambah ilmu.

Bersatulah wargakota,
buatlah perancangan untuk persatuan tuan-tuan. Pergilah jumpa pegawai-pegawai DBKL yang bertangguingjawab dan berbincanglah dengan mereka.
Mungkin tuan-tuan kena tunggu lama, tunggulah. Jangan bagi rasuah kerana masih ada pegawai-pegawai yang ikhlas dalam memberi khidmat.
Tetapi mereka terpaksa melalui beberapa proses sebelum program tuan di luluskan.
Sabar.........
ia adalah separuh dari iman kita.

quote untuk dikongsi:

"pada penghujung hayat kita,bukan berapa lama kita hidup yang menjadi ukuran.Tetapi bagaimana kita menggunakan kehidupan kita"

0 comments: