BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 26, 2009

Penyejuk Mata

Sungguh sejuk mata, apabila melihat dua orang anak,  bersolat terawikh dengan penuh tertib. Anak siapalah tu?.

Makngah memang suka solat di masjid UIA Gombak. Bukan saja di penuhi oleh orang-orang dari luar negara, tapi yang memikat makngah adalah bacaan imamnya yang menghilangkan kerinduan makngah pada Masjidil Haraam. Lagi pun dekat dengan rumah makngah.

Perbagai cara berpakaian semasa solat, tidak siapa pertikaikan. Kebebasan bermazhab sangat jelas di sana.Tak ada siapa yang nak persoalkan di mana letak tangan, kenapa tak pakai telekong, kenapa itu...kenapa ini....

Kami semua boleh duduk sebaris tanpa ada prasangka di antara kami. Subhanallah.Semuanya asyik dalam menyembah Allah.

Kebetulan semalam makngah duduk di belakang sekali sambil berehat. Makngah terpandang sepasang kanak-kanak comel mungkin dalam lingkungan usia 4 dan 6 tahun sedang solat di barisan belakang.

Yang sungguh menyentuh hati makngah apabila makngah tengok mereka sujud dengan tertib selama orang dewasa lain sujud, dan duduk rakaat akhir seperti orang dewasa lain duduk. Dan memberi salam seperti orang dewasa lain.

Allahuakbar. Anak siapalah tu. Siapa mak dan ayah yang telah berjaya memdidik anak-anak ini sehingga mereka mempunyai daya tumpuan yang sangat baik, penuh dengan disiplin.Sejuk mata memandang.

Anak-anak yang lain tengah asyik bermain bersama rakan-rakan sebaya, atau duduk dekat mak sambil tawaf keliling maknya, atau tengah nangis. Tetapi yang dua ini.....

Makngah doakan kedua kanak-kanak ini menjadi imam bagi generasi yang akan datang dan membimbing anak cucu kita di kemudian hari.

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan-pasangan dan keturunan  kami sebagai penyenang hati ( kami ) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.
 ( Surah Al Furqan : 74 )

0 comments: