BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 30, 2009

Nasi Along Mentah !!!

" Macam mana mama masak kari ayam yang along selalu makan tu?." Anak sulung makngah yang di Kelantan telepon bertanya resepi.

Sedih hati seorang ibu apabila anak jantannya bercakap pasal makan di bulan puasa. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur sentiasa penuh meja (bukan makngah masak, kebanyakan datang dari sahabat atau jiran-jiran.Alhamdulillah ).

Petang tu makngah bagi along resepi kari ayam dan kailan goreng ikan masin.

Malamnya, makngah dapat mesej dari along," LAUK JADI TAPI NASI MENTAH. Kami makan juga sebab tak ada pilihan."


Bila jauh dari ibu, anak-anak terpaksalah hidup berdikari. Adakalanya hidup ini gembira, tapi ada kalanya sengsara. Pandai-pandailah mereka nak hidup, tanpa iman dan taqwa, mungkin mereka menjadi sampah masyarakat.

Mereka yang homeless ni ramai di Kuala Lumpur. Makan apa yang mereka jumpa, pakaian tak bertukar malah tak basuh dan tidur pun merata-rata, bawah jambatan, di taman atau di tepi jalan. Hidup mereka terbiar tanpa di bela.

Makngah bukan dari golongan mereka, jadi makngah tak tahu apa sebenarnya punca mereka jadi homeless.

Nak kata Malaysia ni negara miskin....
indon,bangla,dan ramai lagi orang luar buat duit di Malaysia.Kaya raya hasil bekerja di Malaysia.

Ada cerita yang makngah dengar, orang indon yang jadi orang gaji part time pun boleh duduk condo dan simpan RM1000 sebulan. Sehari dia dapat membersihkan dua tiga buah rumah.Kalau sebuah rumah yang dia bersihkan ( seminggu 3 kali )  di bayar RM300 sebulan, bayangkan kalau dia dapat 10 buah rumah.

India yang basuh kereta pakai basikal tu pun boleh hidup selesa. Satu kereta Rm5.

Begitu juga dengan mat bangla yang jual kain kayuh basikal....
Mat bangla yang ni, dapat kawin dengan jiran makngah. Duduk rumah, isteri tanggung.

Anyway, back to the homeless. Hidup ini adalah pilihan dan itu adalah pilihan mereka... tanpa mereka mungkin tidak ada warna warni hidup di kota raya ini.

Kerana adanya mereka, maka adalah peluang bagi orang yang mampu, melakukan kebajikan. Seperti sekumpulan warga kota yang prihatin ini. Mereka telah memilih hari sabtu untuk mengedarkan makanan percuma kepada warga homeless ini. Alhamdulillah, seminggu sekali adalah makanan yang sempurna dan percuma buat mereka.

Mungkin para ibu homeless akan merasa lega kerana ada orang yang  kesah atas kesusahan anak-anak mereka. Dan mungkin juga ibu-ibu homeless ini tidak tahu kehidupan sebenar anak-anak mereka. Mungkin pada mereka, no news ( dari anak-anak mereka )  is a good news.

Bagi yang berkemampuan, ikutlah kerja amal warga prihatin yang sentiasa membantu  mereka yang memerlukan bantuan. Bukan kah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima? Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun ada masalah yang boleh kita bantu.....

Hulur-hulurkan bantuan......

Please watch this video......if it does not touch your heart.......soheh hati anda keras seperti batu and you have to do something about it sebelum penyakit hati you semakin parah.....



"Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-oarng yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Dan kurniakanlah rezeki kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."
(Surah Al Maidah : 114)

0 comments: