BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

Bubur Lambok Penang

Mungkin orang Penang terkejut dengar nama bubur lambok ni. Seperti orang indon terkejut dengar ada mee Jawa dan mee Bandong di Malaysia, sedangkan mereka tak pernah makan mee tu di negara mereka.

Apa ada pada nama.

Kami panggil bubur ni bubur lambok penang sebab maktok makngah orang penang dan dia suka makan bubur ni. Sebenarnya kami panggilnya' bubur mak' sahaja. Tapi semenjak bubur lambok pantai timur popular di kuala lumpur, dan makngah pun juga suka dan tahu nak masak bubur lambok pantai timur, jadi terpaksa kami bezakan keduanya.

Kalau makngah masak bubur ni, makngah tak suka masak sikit-sikit. Sebabnya, bajet murah, senang masak dan boleh mengalir ke kanan, kiri, depan dan belakang rumah.Bulan puasa, bukan ke di galakkan beramal jariah dan memberi makan orang yang berpuasa.

Jangan lupa bacakan doa untuk orang yang jamu kita berbuka:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”( Riwayat abu Daud )

Ok, resepinya:


  1. Beras 4 pot ( pot plastik yang di sediakan apabila kita beli rice cooker ). Sebaik-baiknya beras biasa atau kampung. Mudah masak.
  2. Ayam sebelah dan pisahkan isi dari tulang.
  3. Kelapa 1 biji, perah dan pisahkan kepala santan (santan yang pertama kali diperah) dari badannya ( perahan kedua.)
  4. Bawang putih satu labu bukan satu ulas ( ulas yang kecil, labu tu semua yang terlekat bersama).
  5. Lada hitam dalam 2 ke 3 sudu makan.
  6. Carrot 2 batang
  7. Serai 2 batang
  8. Bawang goreng dalam 10 biji bawang merah/kecil
  9. Daun bawang dan daun sup
  10. Garam secukup rasa ( makngah suka guna garam kasar, kalau terlebih dia tak rasa pahit dan lebih selamat dari garam halus yang berchemical. dan kalau nak juga guna garam halus, beli yang berwarna kekuningan sedikit atau sea salt).
  11. 2 Kiub ayam tanpa MSG.
  12. Air secukupnya.

Cara nak masak:
Bismillah. Ambil periuk besar 3 atau 4 liter, masukkan air 3/4 periuk dan masukkan tulang ayam.
Rebus sehingga air mendidih baru masukkan beras.Rebus sehingga nasi hancur, kalau perlu tambah air, tambah mengikut keperluan.
Masukkan serai, daun pandan dan halia ketuk ( oops...sori makngah lupa nak sebut tentang daun pandan 3 helai , carikkan dan halia 2 inci ketukkan).


Nasi hancur dan airnya agak pekat, masukkan santan cair, dan isi ayam.
Rebus dalam 10 minit, lepas tu masukkan carrot yang di potong dadu kecil, santan pekat, bawang putih dan lada hitam yang di tumbuk lumat ( makangah lumatkan didalam blender dengan sedikit santan pekat ), kiub ayam dan garam secukup rasa.
Rebus dalam 10 minit. Tutup api dan periuk.
Bila nak makan, baru letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang..


Mudahkan. Kalau nak lemak lagi, lebihkan kelapa.Makan dengan kerabu taugeh atau kerabu pucuk paku.

P/s : Pastikan beras benar-benar hancur, kalau tidak, bubur akan jadi terlalu pekat bila nak makan nanti. Masa masak lebih kurang satu jam, kot.

Selamat mencuba.

0 comments: