BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Kak Wok Sakit.

Makngah baru balik dari IJN, melawat kak wok yang sedang sakit.

Dah sebulan tak jumpa kak wok kerana dia masuk hospital for major operation. Katanya, masalah paru-paru. Nak lawat pada masa tu rasanya tak sesuai kerana dia masih lemah dan masih banyak rawatan susulan yang harus dia jalani.

Baru di discharged 4 hari, dia terpaksa kembali ke IJN kerana berlaku sedikit complikasi. Tadi, dia nampaknya better, maksud makngah back to herself.

Walau pun mulut pakai mask untuk sedut ubat, dia tetap nak cakap. Gee marah pun dia tak peduli, tetap nak sembang.
Sebenarnya kak wok seorang doktor, kalau kami lah yang masuk hospital, tentu dia dah marah kami kerana banyak cakap. Dia akan suruh kami duduk diam, dan rehat. Tapi turn dia, lupa diri.....

Doa kami untuk kak wok:

“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkanmu” (7 kali) ~HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 2/210 dan Shahihul Jami’ 5/180.
 
( ini bukan kak wok...kalau tutup mata dan tutup mulut... this is just not her )

0 comments: