BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 25, 2009

Kau Pergi jua...

" Sedapnya sup tulang yang cik bagi. Pekat kuahnya".
" Gulai daging rusa ni pun sedap. Ubi kentangnya tak hancur, pandai adik ipar auntie Tas masak".
"Mama tolong habiskan lala ni, angah dah kekenyangan".

Itu di antara dialog di meja berbuka semalam. Lauk semalam memang banyak. Lauk masak sendiri, lauk orang bagi dan lauk nenek beli di bazar ramadhan.

Tak masak nanti tak ada lauk untuk berbuka. Nak larang nenek ke bazar ramadhan nanti dia kecil hati. Lagi pun makngah hanya masak sayur kangkung, lala goreng cili padi dan perangat sup tulang dan gulai daging rusa yang di bagi oleh jiran dan saudara.
Nenek kata nak cari ayam panggang yang dipanggang guna tebu dan sedikit kuih, itu saja.

Tapi bila nenek balik, nenek balik bersama dengan ayam percik 3 cocok, pajeri nenas dan som tam ( kerabu betik muda ).

SubahanAllah, Alhamdulillah, penuh meja. Sedang yang nak makan hanya kami bertiga sahaja. so bayangkanlah.


Kalau tak makan, membazir je makanan tu.Ni pun ada makanan yang dah masuk dua hari. Makanan di bazar ramadhan pula tak boleh di simpan lama, mungkin mereka masak awal atau kurang menjaga kebersihan ( sebab kenapa makngah tak suka beli di bazar ramadhan).
Nak simpan di peti ais, peti ais penuh dan tempat sejuk bekunya pula bermasalah.
Nak buang makanan, itu bukan makngah. I dont throw food sewenang-wenangnya.

So do i have a choice???

Azan berkumandang dan baca doa....ngap sampai nak pecah perut.........
Oh ya doa hari ini:

"adalah Rasulullah s.a.w apabila berbuka,baginda bersabda : telah hilanglah dahaga,telah basah urat leher dan telah tetaplah pahala."
Riwayat Abu Daub,Hadith Hasan menurut Al Bani.


Tak sampai 30 minit, makngah mula terasa sakit gigi. Mula-mula sakitnya sikit tapi makin lama makin sakit sehingga makngah berpeluh-peluh di buatnya.
Makngah gosok gigi dan berkumur dengan listerine, tak juga kurang, malah bertambah sakitnya. Kebetulan pain killer nenek ada di dalam bekas ubatnya, no choice, makngah terpaksa makan.
Satu lagi tabiat makngah, sakit sikit-sikit makngah tak akan makan ubat hospital. Kalau sakit kepala, tak jalan dengan minyak cap kapak, makngah akan tidur, bangun tidur inshaAllah, okaylah makngah.

Habis urusan makngah dengan Allah, makngah pun tidur, agak awal juga.

Pagi ni, makngah ambil keputusan untuk cabut saja gigi yang sakit supaya dia tidak menganggu urusan makngah dengan Allah lagi.

Oh ya, makngah berpegang, boleh cabut gigi semasa puasa.

Akhirnya makngah terpaksa melepaskan gigi makngah pergi. Pergi yang tak akan kembali lagi.

0 comments: