BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 8, 2009

Selsema Babi.......

Gambar hiasan


Makngah tidak mempunyai banyak ilmu tentang selsema babi ataupun virus H1N1. Apa yang makngah tahu adalah dari sedikit bacaan yang makngah dapat dari internet atau dari perbincangan rakan-rakan.

Orang tua-tua dulu kata " Dah kena baru mengadah ".

Semalam makngah ke Shah Alam kerana cucu saudara makngah, kak Dibah sakit. Sebelum tu dia memang tak sihat since bulan Jun, tapi mamanya ingat sakit biasa. Tapi apabila dia rebah semasa rakaat ke 3, dalam solatnya, mama dia gelabah dan terus bawanya ke klinik swasta. Ex-ray dada and ambil darah. Doktor tu kata tonsilnya bengkak.

But again the next day, dia masih lagi demam n ngadu sakit-sakit sendi. Jadi semalam mama kak Dibah bawa kak Dibah ke klinik tapi kali ini ke klinik kerajaan kerana katanya kebanyakan klinik swasta tak terima pesakit yang ada tanda-tanda virus H1N1. Lagi pun klinik kerajaan boleh keluarkan result darah jam-jam tu jugak.

Alhamdullilah.... kak Dibah bebas dari jangkitan virus H1N1, and confirmed tonsil dia yang bermasalah dan perlukan operation jika bengkaknya semakin membesar.

" Ya Allah yang menurunkan penyakit dan juga yang menurunkan penawarnya, selamatkan kami umat islam dari bencana H1N1 ini dan berikanlah kebaikan dunia dan akhirat kepada kami semua. Ya Rahman Ya Rahim, kalaulah kami yang Engkau pilih untuk di duga, sabarkan lah kami dengan dugaan ini dan berilah kami ganjaran di atas kesabaran kami ini. Sesungguhnya tiada upaya bagi pihak kami dan hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin... Ya Rabb."

Terima kasih kepada pihak klinik yang menyediakan kanopi dan kerusi untuk kami dan pesakit menunggu giliran. Dan tahniah kepada kakitangan yang bekerja keras membantu pesakit-pesakit dan keluarga pesakit. Jasa mu di kenang dan semoga Allah membalas kebaikan kamu
semua..

0 comments: