BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

Tawaran bonus hebat datang lagi.. Jom kita!!


Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah. Penuh dengan berbagai ganjaran, Penuh dengan berbagai tawaran dan peluang untuk menuju ke negeri akhirat dengan tingkatan yang lebih baik dari sebelumnya.

Di sebut di dalam Al quran, di ceritakan oleh Nabi SAW, di ceramahkan oleh ustaz-ustaz, di tulis di paper, internet, buku-buku dan majalah-majalah, di perdengarkan di dalam radio dan di tayangkan di tv.

Mustahil kita boleh miss info tentang ramadhan dan apa yang harus kita lakukan di bulan ini. Mustahil kita boleh kata, " mana aku tahu!!!"

Unlike Hari J Card yang di tawarkan kepada ahlinya. Maklumat di hantar pada address yang tertulis pada borang keahlian. Kalau kita tak ada di rumah atau jemputan hilang dalam perjalanan, jawabnya misslah hari yang di nanti-nantikan itu.

This year makngah tak dapat jemputan J Card. Makngah berkelana. Kebetulan kawan yang ahli J Card mendapat jemputan dan mengajak makngah menemani dia shopping.

Wah!! terkejut beruk makngah. Begitu ramai sekali orang. No parking dalam shopping complex. Bahu-bahu jalan pun penuh dengan kereta. Troli pun susah nak dapat. Orang sungguh ramai. Kami berebut-rebut mencari apa yang di perlukan untuk hari raya tahun ini.

Kebanyakan jualannya memang murah. Potongan harga sampai 70%. Makngah tengok ada yang dah penuh troli dengan barangan, pergi ke kereta simpan barang dan masuk balik untuk mendapatkan barang yang lain.

Makngah di fahamkan oleh kawan makngah yang jirannya dan adik jirannya dari Pantai Timur akan beri'tiqaf dari pagi sampai malam di Jaya Jusco. That means, breakfast, lunch dan dinner di Jaya Jusco. Kerana nak pilih barang dan menunggu tawaran durian runtuh yang lagi runtuh, di adakan secara rambang waktu. Macam kita menunggu lailatulqadar.

Habis shopping, kami balik ke rumah dan mengeluarkan barangan yang di beli tadi.Seronok dapat beli barang mahal dengan harga yang murah. Walaupun badan kami penat, kami tetap rasa seronok dan puas hati.

"Ya Allah,Engkau jadikanlah diri-diri kami ini bersungguh-sungguh dalam merebut tawaran Ramadhan Mu ini jauh lebih baik dari kesungguhan kami di Jaya Jusco tempoh hari, Ya Allah. Kuatkan lah iman dan taqwa kami terhadap Mu, Ya Allah. "

"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. Amin Ya Rabb."
( Surah al Baqarah : 250)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1430
Dari makngah sekeluarga.

0 comments: