BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 20, 2009

Ketua Keluarga?


Kebelakangan ini makngah selalu terserempak dengan wanita, ibu, isteri yang terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluarga. Bila di katakan menyara keluarga, merekalah yang terpaksa mengeluarkan duit untuk bayar sewa rumah, bil api, air, telepon, makan minum, duit sekolah anak, dan berbagai lagi bil-bil sampingan.

Mereka bukanlah ibu tunggal atau ibu tinggal. Mereka mempunyai suami,yang sah di sisi syarak.


Yang BESTNYA, suami-suami mereka bukannya ada perempuan lain atau isteri lain dan bukan juga cacat. Ada yang boleh di kategorikan sebagai orang yang berpelajaran malah ada yang bijak berhujah dalam agama.

Yang seorang ni, pakar dalam komputer. Duduk dalam bilik siang dan malam mengadap komputer. Anak dan isteri, ibu dia yang tanggung dan sekarang bekas isteri dan bekas mertua yang tanggung. Dia masih di dalam bilik mengadap komputer.....???

Yang seorang ni, tinggi lampai, muka boleh tahan, dulu pernah jadi accountant, tapi sekarang...duduk rumah ... jaga anak...tunggu isteri bawa balik duit...duit rokok pun isteri kena tanggung.

Yang ni lagi best, hantar anak-anak sekolah agama, rumah penuh dengan buku-buku agama, tapi duduk rumah... tunggu isteri bawa balik duit untuk hidup.

Bila di tanya pada isteri mereka, mereka tak mahu kerja ke? jawapan yang sama dari isteri, ...MEREKA PILIH KERJA..

Kerja tu tak nak, kerja ni tak sesuai, kerja lain tak minat......dan berbagai lagi alasan yang memualkan bagi makngah.

Mungkin its not fare bagi makngah nak judge mereka because iam not there dalam rumah tangga mereka. Tetapi makngah ingin sangat tahu perasaan mereka ni. Bukan perasaan mereka tapi apa yang ada dalam otak mereka, maksud makngah apa yang mereka fikirkan.....

Apa yang mereka faham erti sebagai anak lelaki, suami atau ayah......... dengan lain perkataan Ketua Keluarga.

Bagaimana agaknya mereka memandang diri mereka, bukan memandang, menilai diri mereka di depan keluarga mereka ini.

Adakah mereka merasa diri mereka sangat lemah, sehingga memerlukan kaum hawa melindungi diri mereka???

Atau mereka ini opportunist......

Or helpless......hopeless kot......

Guys yang seperti ini, jangan marah pada makngah. Curiousness yang buat makngah taip topik ini.

Makngah tak pandai nak cakap dari sudut agama dan social. Dan makngah tak pasti juga adakah semua ini crime dalam penghidupan. Tapi makngah sedih tengok sang hawa yang terpaksa berkerja kuat, berfikir kuat, bagaimana nak cukupkan wang perbelanjaan and at tha same time serve you guys.

Patutlah dulu cikgu makngah ada berkata " women will get 3 rings in their life.

Ist ring, engagement ring,

2nd ring, wedding ring and the

3rd ring.... SUFFERING........

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak
terdaya kami memikulnya. Maafkan kesalahan kami, ampunilah dosa kami,
dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami. Maka tolonglah kami
terhadap kaum yang kafir.Amin Ya Rabb."
( Al Baqarah : 286 )

1 comments:

Tip Sihat Cerdas Alami said...
This comment has been removed by the author.