BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Abah Puasa !!

" Abah puasa? abah puasa?".
"Ya ke abah puasa?"
"Eh, abah puasa!!".

Abah puasa, anak-anak kecoh, bayangkan kalau abah solat, mungkin anak-anak buat kenduri kesyukuran.

Dua ibadah yang wajib bagi muslim yang normal, maksud makngah, yang sihat tapi ada yang pilih untuk buat salah satu sahaja.

Kalau di timbang berat, makngah rasa puasa lagi berat. Hampir semua aktiviti nafsu tersekat di siang hari. By the time berbuka, terlalu kenyang nak buat aktiviti nafsu yang tersekat di siang hari itu.
Puasa di Malaysia hampir tujuh jam lebih. Tujuh jam lebih tanpa makan, minum, rokok, dan cakap tak elok pun terlarang. Semua kena puasa. TAPI MASIH ADA MANUSIA YANG LEBIH SUKA PILIH BERPUASA SAHAJA KENAPA YA......

Jadi, mereka yang puasa tanpa solat itu, apa tujuan mereka yang sebenar?. Kenapa mereka pilih untuk berpuasa dan meninggalkan solat . Sedangkan kedua-duanya wajib. Tak buat berdosa dan akan di denda oleh Allah.
Siapa yang menakutkan mereka sehingga mereka berpuasa?. Kepada siapa pula mereka nak tunjukkan yang mereka kuat, boleh berpuasa?.

Bagi abah, dia dah lewat 60 an. Siapa berani marah abah kalau abah tak puasa. Macam juga abah tak solat, tak ada siapa berani marah atau paksa. Abah selamba je tak solat depan anak-anak. Tak ada pun abah rasa malu atau takut.

Jadi, kenapa abah berpuasa?

Makngah harap sangat abah-abah di luar sana yang puasa tapi tak solat, berkongsilah dengan kami kenapa anda berpuasa tapi tak solat?. Kalau abah tak pandai nak main komputer, makngah yakin anak-anak abah yang ikut perangai macam abah boleh tolong abah.

Ceritalah pada kami apa yang anda faham dan apa yang anda lihat pada puasa dan solat sehingga anda memilih untuk mengambil salah satu ibadat wajib ini.
Please help us to understand you people.

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit".
( Surah Ibrahim : 38 )


0 comments: