BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 16, 2009

Keliru or Celaru?

"Ur daughter sms me utk pinjam duit. Maaf, i tak suka benda2 mcm ni. Dia tak pernah pun jumpa i."
Sms yang makngah dapat pada hari semalam pada pukul 7.16 pagi.

Sebagai ibu, sms macam ni boleh tercabut jantung di buatnya.
Anak yang makngah bela selama ini dengan penuh disiplin dan agama, tiba2 buat hal!!

Call kenalan yang hantar sms tu untuk penjelasan lebih lanjut. 'and a copy of the said sms' anak makngah di forwardkan pada makngah.

A,kum anty wan ni mia, mia merayu kat anty nak mtk tlg mia nak pinjam duit anty 1500,mia akan byar tiap bln,tlg lah anty,mia t'desak sangat-sent at 5.28am this mng. 


Kenalan makngah yakin ini adalah sms anak makngah walaupun no.telnya 017, which anak makngah pakai 016. Nama anak makngah bukan mia dan anak makngah panggil aunty.....( nama penuh) bukan anty wan. Pagi tu anak makngah tak bangun pukul 5.30am sedangkan makngah dah bangun dan duit dalam akaun anak makngah ada lebih dari 1500. Tapi kenalan makngah ingatkan makngah kadang2 anak2 ada dua personality, depan mak lain dan belakang mak lain.

Sepanjang hari makngah doa pada Allah semoga apa yang makngah dengar bukan akhlak anak makngah kerana makngah sangat pentingkan akhlak, biar tak pandai tapi jangan kurang ajar.Makngah minta saudara2 dan sahabat2 yang rapat doakan untuk makngah.

Dalam pukul 1.30pm, makngah berpeluang jumpa dengan anak makngah, tanpa lengah makngah bertanyakan tentang masalah diatas.Dengan baik anak makngah menafikan tuduhan sms oleh kenalan makngah.

So, makngah tel kenalan makngah dan minta no.tel mia (017) dan makngah sendiri yang tel no. itu. Beberapa kali dail, tak ada siapa angkat, tapi Allah bersama orang yang benar, akhirnya anak mia angkat tel dan makngah berjaya bercakap dengan mia.

Makngah perkenalkan diri sebagai kawan anty wan. Mia kata dia tak jadi pinjam duit dari anty wan kerana masalah dah selesai ( ada orang lain dah tolong). Makngah tanya siapa dia dengan anty wan, dia kata dia anak saudara anty wan.

Makngah tel kenalan makngah tadi dan ceritakan apa yang makngah dengar dari mia and dia ( kenalan makngah) at the same time pun memang nak tel makngah nak beritahu yang dia dah tahu siapa mia.

Pendek cerita, kenalan makngah say sorry for the confusion tapi makngah sebenarnya felt sorry for her kerana terlalu cepat jump into conclusion. Sepatutnya dia cuba siasat siapa mia melalui saudaramara atau kawan2nya dulu. Call no.tel 017 (mia's tel.no.)  atau tel anak makngah untuk pengesahan sms.

Dalam masa yang sama makngah bersyukur  dia beritahu makngah. Alhamdulillah anak makngah bukan seperti yang anty wan sangkakan. Allah telah bersihkan nama anak makngah tapi mungkin ada sesuatu yang Allah nak sampaikan pada makngah dua beranak: umpama cerita seorang ahli ibadah yang tidak menyahut panggilan ibunya semasa dia sedang solat sunat, dan akhirnya ibunya mendoakan dia di fitnah oleh seorang pelacur.

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” 
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

0 comments: