BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 17, 2009

SATU, DUA, TIGA....YANG KE 4?

" Saya dan suami dah bercerai seminggu sebelum hari raya," kata seorang kawan.

Makngah tak terkejut dengan statement ni, kerana pergolakan rumah tangga mereka dah dekat setahun makngah dengar.

Suami kawan makngah tak kerja di luar tapi, kerja jaga anak sahaja. Anak 3 orang masih belajar di sekolah rendah.
Kawan makngah kata suami dia malas kerja dan memilih kerja. Dah puas dia nasihat tapi tetap tak mahu cari kerja. Kuat cemburu, terutama terhadap keluarga isteri. Sehingga mak mertua sakit pun dia tak bagi balik kampung. Akhirnya mak mertua meninggal dunia tanpa dapat berjumpa dengan anak dan cucu2nya.

Kawan makngah tak pakai tudung kerana suami dia tak izinkan. Suami dia lebih suka tengok dia berpakaian seksi. Pernah dia apply untuk mendapat pinjaman, kawan makngah declare dalam borang dia bujang, dia kata suami dia yang suruh supaya mudah dapat loan.

Suami kawan makngah ni katanya sekolah menengah masuk sekolah agama. Pandai baca Quran itu sebab kawan makngah nak kawin dengan dia kerana dia mencari suami yang dapat membimbing dia ke jalan Allah. Tidak macam suami dia yang pertama...

Apa? Ini bukan perkahwinan dia yang pertama???

Ini bukan perkahwinan dia yang pertama. Suami dulu lagi teruk. Akhir2nya dia minta cerai. Sempat dapat anak seorang dengan suami yang dulu. Jadi kawan makngah  dah ada 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Usia kawan makngah baru nak masuk 40 tahun.

" Maaf, terlewat dua minit je, jangan marah". Kawan makngah tengah bersembang dengan seseorang melalui telepon sambil buat facial pelangan dia.

" Siapa tu?" Biasalah makngah ni busybody sikit. " Kawan tapi mesra." jawab kawan makngah.

Mereka berkenalan dah setahun maknanya semasa dia ada suami lagi. Patutlah baru sekarang nampak busuk suami. Katanya kawan baru ini alim, selalu nasihatkan dia tentang agama. Orang Mesir yang berniaga di Malaysia.Boyfriend baru ni sangat baik, belikan kawan makngah baju raya ( warna merah lagi ), sangat mengambil berat hal dia dan sentiasa mengembirakan dia.

Mereka bercadang nak kawin. Perkahwinan yang ketiga buat kawan makngah, dan perkahwinan yang pertama buat orang mesir ni. Boleh caya ke?

Kawan makngah dah solat istikarah, minta pertunjuk dari Yang Maha Berkuasa. Hati makin kasih dengan orang mesir ni.
Kalau hati dah suka, buat istikarah pun memang nampak dia sebab petunjuk yang lain dah tak nampak.

By the way, kawan makngah masih tak pakai tudung walau pun dah bercerai.Pakaian masih seksi dan nampak gemok, katanya senang hati. Senang hati walaupun dia terpaksa call boyfriendnya every one hour.

Very sickening, very memualkan dan very menyedihkan.

Kenapalah kaum hawa suka bermain dengan perasaan. Beberapa kali gagal masih nak ulang di jalan yang sama. Sabar sungguh kaum hawa ini.Bukankah orang islam dilarang masuk ke lubang yang sama kedua kalinya. Kenapa susah sangat nak tengok kebenaran.

Patutlah orang tua-tua dok kata, kalau kaki disko sure jumpa kaki disko, kalu kaki masjid sure jumpa kaki masjid juga.Beberapa kali gagal pun kalu dok jalan yang sama sure jumpa takdir yang sama. Kalu dok lalu highway AKLEH, sure kena bayar tol rm1.50.


" Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan kami pada diri kami walaupun dalam sekelip mata. Bimbinglah kami ke jalan Mu yang lurus dan berilah kami kebaikan dunia dan akhirat. Ameen, Ya Rabb."

0 comments: