" Saya dan suami dah bercerai seminggu sebelum hari raya," kata seorang kawan.
Makngah tak terkejut dengan statement ni, kerana pergolakan rumah tangga mereka dah dekat setahun makngah dengar.
Suami kawan makngah tak kerja di luar tapi, kerja jaga anak sahaja. Anak 3 orang masih belajar di sekolah rendah.
Kawan makngah kata suami dia malas kerja dan memilih kerja. Dah puas dia nasihat tapi tetap tak mahu cari kerja. Kuat cemburu, terutama terhadap keluarga isteri. Sehingga mak mertua sakit pun dia tak bagi balik kampung. Akhirnya mak mertua meninggal dunia tanpa dapat berjumpa dengan anak dan cucu2nya.
Kawan makngah tak pakai tudung kerana suami dia tak izinkan. Suami dia lebih suka tengok dia berpakaian seksi. Pernah dia apply untuk mendapat pinjaman, kawan makngah declare dalam borang dia bujang, dia kata suami dia yang suruh supaya mudah dapat loan.
Suami kawan makngah ni katanya sekolah menengah masuk sekolah agama. Pandai baca Quran itu sebab kawan makngah nak kawin dengan dia kerana dia mencari suami yang dapat membimbing dia ke jalan Allah. Tidak macam suami dia yang pertama...
Apa? Ini bukan perkahwinan dia yang pertama???
Ini bukan perkahwinan dia yang pertama. Suami dulu lagi teruk. Akhir2nya dia minta cerai. Sempat dapat anak seorang dengan suami yang dulu. Jadi kawan makngah dah ada 4 orang anak, 3 lelaki dan seorang perempuan. Usia kawan makngah baru nak masuk 40 tahun.
" Maaf, terlewat dua minit je, jangan marah". Kawan makngah tengah bersembang dengan seseorang melalui telepon sambil buat facial pelangan dia.
" Siapa tu?" Biasalah makngah ni busybody sikit. " Kawan tapi mesra." jawab kawan makngah.
Mereka berkenalan dah setahun maknanya semasa dia ada suami lagi. Patutlah baru sekarang nampak busuk suami. Katanya kawan baru ini alim, selalu nasihatkan dia tentang agama. Orang Mesir yang berniaga di Malaysia.Boyfriend baru ni sangat baik, belikan kawan makngah baju raya ( warna merah lagi ), sangat mengambil berat hal dia dan sentiasa mengembirakan dia.
Mereka bercadang nak kawin. Perkahwinan yang ketiga buat kawan makngah, dan perkahwinan yang pertama buat orang mesir ni. Boleh caya ke?
Kawan makngah dah solat istikarah, minta pertunjuk dari Yang Maha Berkuasa. Hati makin kasih dengan orang mesir ni.
Kalau hati dah suka, buat istikarah pun memang nampak dia sebab petunjuk yang lain dah tak nampak.
By the way, kawan makngah masih tak pakai tudung walau pun dah bercerai.Pakaian masih seksi dan nampak gemok, katanya senang hati. Senang hati walaupun dia terpaksa call boyfriendnya every one hour.
Very sickening, very memualkan dan very menyedihkan.
Kenapalah kaum hawa suka bermain dengan perasaan. Beberapa kali gagal masih nak ulang di jalan yang sama. Sabar sungguh kaum hawa ini.Bukankah orang islam dilarang masuk ke lubang yang sama kedua kalinya. Kenapa susah sangat nak tengok kebenaran.
Patutlah orang tua-tua dok kata, kalau kaki disko sure jumpa kaki disko, kalu kaki masjid sure jumpa kaki masjid juga.Beberapa kali gagal pun kalu dok jalan yang sama sure jumpa takdir yang sama. Kalu dok lalu highway AKLEH, sure kena bayar tol rm1.50.
Saturday, October 17, 2009
SATU, DUA, TIGA....YANG KE 4?
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 10:23 AM 0 comments
Friday, October 16, 2009
Keliru or Celaru?
Sebagai ibu, sms macam ni boleh tercabut jantung di buatnya.
Anak yang makngah bela selama ini dengan penuh disiplin dan agama, tiba2 buat hal!!
Call kenalan yang hantar sms tu untuk penjelasan lebih lanjut. 'and a copy of the said sms' anak makngah di forwardkan pada makngah.
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 10:30 AM 0 comments
Monday, October 5, 2009
Makngah kehilangan...
Itu adalah ucapan dan doa yang sepatutnya di ucapkan oleh setiap muslim kepada muslim yang lain semasa bertemu di hari raya. Tapi ucapan ini agak baru bagi kita , sehingga makngah rasa agak susuh juga untuk mengucapkannya. Akhirnya makngah kata, " Selamat hari raya, maaf zahir batin."
Salam pertemuan. Agak lama juga makngah menghilangkan diri. Maafkan makngah.
Mula-mula makngah sebuk shopping pahala di 10 hari terakhir bulan ramadhan yang lepas, lepas tu sibuk berhari raya dan sekarang buat-buat sibuk tapi sebenarnya makngah malas nak tulis , sebab makngah dah hilang perkataan- perkataan yang hendak di kongsikan bersama ( i lost the words).
I will come back.Wait for my returns............................
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 8:07 AM 0 comments
Labels: sikap
Monday, August 31, 2009
Kak Wok Sakit.
Makngah baru balik dari IJN, melawat kak wok yang sedang sakit.
Dah sebulan tak jumpa kak wok kerana dia masuk hospital for major operation. Katanya, masalah paru-paru. Nak lawat pada masa tu rasanya tak sesuai kerana dia masih lemah dan masih banyak rawatan susulan yang harus dia jalani.
Walau pun mulut pakai mask untuk sedut ubat, dia tetap nak cakap. Gee marah pun dia tak peduli, tetap nak sembang.
Sebenarnya kak wok seorang doktor, kalau kami lah yang masuk hospital, tentu dia dah marah kami kerana banyak cakap. Dia akan suruh kami duduk diam, dan rehat. Tapi turn dia, lupa diri.....
Doa kami untuk kak wok:
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 6:59 PM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
Nasi Along Mentah !!!
" Macam mana mama masak kari ayam yang along selalu makan tu?." Anak sulung makngah yang di Kelantan telepon bertanya resepi.
Sedih hati seorang ibu apabila anak jantannya bercakap pasal makan di bulan puasa. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur sentiasa penuh meja (bukan makngah masak, kebanyakan datang dari sahabat atau jiran-jiran.Alhamdulillah ).
Petang tu makngah bagi along resepi kari ayam dan kailan goreng ikan masin.
Malamnya, makngah dapat mesej dari along," LAUK JADI TAPI NASI MENTAH. Kami makan juga sebab tak ada pilihan."
Bila jauh dari ibu, anak-anak terpaksalah hidup berdikari. Adakalanya hidup ini gembira, tapi ada kalanya sengsara. Pandai-pandailah mereka nak hidup, tanpa iman dan taqwa, mungkin mereka menjadi sampah masyarakat.
Mereka yang homeless ni ramai di Kuala Lumpur. Makan apa yang mereka jumpa, pakaian tak bertukar malah tak basuh dan tidur pun merata-rata, bawah jambatan, di taman atau di tepi jalan. Hidup mereka terbiar tanpa di bela.
Makngah bukan dari golongan mereka, jadi makngah tak tahu apa sebenarnya punca mereka jadi homeless.
Nak kata Malaysia ni negara miskin....
indon,bangla,dan ramai lagi orang luar buat duit di Malaysia.Kaya raya hasil bekerja di Malaysia.
Ada cerita yang makngah dengar, orang indon yang jadi orang gaji part time pun boleh duduk condo dan simpan RM1000 sebulan. Sehari dia dapat membersihkan dua tiga buah rumah.Kalau sebuah rumah yang dia bersihkan ( seminggu 3 kali ) di bayar RM300 sebulan, bayangkan kalau dia dapat 10 buah rumah.
India yang basuh kereta pakai basikal tu pun boleh hidup selesa. Satu kereta Rm5.
Begitu juga dengan mat bangla yang jual kain kayuh basikal....
Mat bangla yang ni, dapat kawin dengan jiran makngah. Duduk rumah, isteri tanggung.
Anyway, back to the homeless. Hidup ini adalah pilihan dan itu adalah pilihan mereka... tanpa mereka mungkin tidak ada warna warni hidup di kota raya ini.
Kerana adanya mereka, maka adalah peluang bagi orang yang mampu, melakukan kebajikan. Seperti sekumpulan warga kota yang prihatin ini. Mereka telah memilih hari sabtu untuk mengedarkan makanan percuma kepada warga homeless ini. Alhamdulillah, seminggu sekali adalah makanan yang sempurna dan percuma buat mereka.
Mungkin para ibu homeless akan merasa lega kerana ada orang yang kesah atas kesusahan anak-anak mereka. Dan mungkin juga ibu-ibu homeless ini tidak tahu kehidupan sebenar anak-anak mereka. Mungkin pada mereka, no news ( dari anak-anak mereka ) is a good news.
Bagi yang berkemampuan, ikutlah kerja amal warga prihatin yang sentiasa membantu mereka yang memerlukan bantuan. Bukan kah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima? Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun ada masalah yang boleh kita bantu.....
Hulur-hulurkan bantuan......
"Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-oarng yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Dan kurniakanlah rezeki kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 10:54 PM 0 comments
Labels: sikap
Wednesday, August 26, 2009
Penyejuk Mata
Sungguh sejuk mata, apabila melihat dua orang anak, bersolat terawikh dengan penuh tertib. Anak siapalah tu?.
Makngah memang suka solat di masjid UIA Gombak. Bukan saja di penuhi oleh orang-orang dari luar negara, tapi yang memikat makngah adalah bacaan imamnya yang menghilangkan kerinduan makngah pada Masjidil Haraam. Lagi pun dekat dengan rumah makngah.
Perbagai cara berpakaian semasa solat, tidak siapa pertikaikan. Kebebasan bermazhab sangat jelas di sana.Tak ada siapa yang nak persoalkan di mana letak tangan, kenapa tak pakai telekong, kenapa itu...kenapa ini....
Kami semua boleh duduk sebaris tanpa ada prasangka di antara kami. Subhanallah.Semuanya asyik dalam menyembah Allah.
Kebetulan semalam makngah duduk di belakang sekali sambil berehat. Makngah terpandang sepasang kanak-kanak comel mungkin dalam lingkungan usia 4 dan 6 tahun sedang solat di barisan belakang.
Yang sungguh menyentuh hati makngah apabila makngah tengok mereka sujud dengan tertib selama orang dewasa lain sujud, dan duduk rakaat akhir seperti orang dewasa lain duduk. Dan memberi salam seperti orang dewasa lain.
Allahuakbar. Anak siapalah tu. Siapa mak dan ayah yang telah berjaya memdidik anak-anak ini sehingga mereka mempunyai daya tumpuan yang sangat baik, penuh dengan disiplin.Sejuk mata memandang.
Anak-anak yang lain tengah asyik bermain bersama rakan-rakan sebaya, atau duduk dekat mak sambil tawaf keliling maknya, atau tengah nangis. Tetapi yang dua ini.....
Makngah doakan kedua kanak-kanak ini menjadi imam bagi generasi yang akan datang dan membimbing anak cucu kita di kemudian hari.
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 11:16 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Kau Pergi jua...
" Sedapnya sup tulang yang cik bagi. Pekat kuahnya".
" Gulai daging rusa ni pun sedap. Ubi kentangnya tak hancur, pandai adik ipar auntie Tas masak".
"Mama tolong habiskan lala ni, angah dah kekenyangan".
Itu di antara dialog di meja berbuka semalam. Lauk semalam memang banyak. Lauk masak sendiri, lauk orang bagi dan lauk nenek beli di bazar ramadhan.
Tak masak nanti tak ada lauk untuk berbuka. Nak larang nenek ke bazar ramadhan nanti dia kecil hati. Lagi pun makngah hanya masak sayur kangkung, lala goreng cili padi dan perangat sup tulang dan gulai daging rusa yang di bagi oleh jiran dan saudara.
Nenek kata nak cari ayam panggang yang dipanggang guna tebu dan sedikit kuih, itu saja.
Tapi bila nenek balik, nenek balik bersama dengan ayam percik 3 cocok, pajeri nenas dan som tam ( kerabu betik muda ).
SubahanAllah, Alhamdulillah, penuh meja. Sedang yang nak makan hanya kami bertiga sahaja. so bayangkanlah.
Kalau tak makan, membazir je makanan tu.Ni pun ada makanan yang dah masuk dua hari. Makanan di bazar ramadhan pula tak boleh di simpan lama, mungkin mereka masak awal atau kurang menjaga kebersihan ( sebab kenapa makngah tak suka beli di bazar ramadhan).
Nak simpan di peti ais, peti ais penuh dan tempat sejuk bekunya pula bermasalah.
Nak buang makanan, itu bukan makngah. I dont throw food sewenang-wenangnya.
So do i have a choice???
Azan berkumandang dan baca doa....ngap sampai nak pecah perut.........
Oh ya doa hari ini:
"adalah Rasulullah s.a.w apabila berbuka,baginda bersabda : telah hilanglah dahaga,telah basah urat leher dan telah tetaplah pahala."
Riwayat Abu Daub,Hadith Hasan menurut Al Bani.
Oh ya, makngah berpegang, boleh cabut gigi semasa puasa.
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 4:32 PM 0 comments
Monday, August 24, 2009
Bubur Lambok Penang
Jangan lupa bacakan doa untuk orang yang jamu kita berbuka:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”( Riwayat abu Daud )
Ok, resepinya:
- Beras 4 pot ( pot plastik yang di sediakan apabila kita beli rice cooker ). Sebaik-baiknya beras biasa atau kampung. Mudah masak.
- Ayam sebelah dan pisahkan isi dari tulang.
- Kelapa 1 biji, perah dan pisahkan kepala santan (santan yang pertama kali diperah) dari badannya ( perahan kedua.)
- Bawang putih satu labu bukan satu ulas ( ulas yang kecil, labu tu semua yang terlekat bersama).
- Lada hitam dalam 2 ke 3 sudu makan.
- Carrot 2 batang
- Serai 2 batang
- Bawang goreng dalam 10 biji bawang merah/kecil
- Daun bawang dan daun sup
- Garam secukup rasa ( makngah suka guna garam kasar, kalau terlebih dia tak rasa pahit dan lebih selamat dari garam halus yang berchemical. dan kalau nak juga guna garam halus, beli yang berwarna kekuningan sedikit atau sea salt).
- 2 Kiub ayam tanpa MSG.
- Air secukupnya.
Rebus sehingga air mendidih baru masukkan beras.Rebus sehingga nasi hancur, kalau perlu tambah air, tambah mengikut keperluan.
Masukkan serai, daun pandan dan halia ketuk ( oops...sori makngah lupa nak sebut tentang daun pandan 3 helai , carikkan dan halia 2 inci ketukkan).
Rebus dalam 10 minit, lepas tu masukkan carrot yang di potong dadu kecil, santan pekat, bawang putih dan lada hitam yang di tumbuk lumat ( makangah lumatkan didalam blender dengan sedikit santan pekat ), kiub ayam dan garam secukup rasa.
Rebus dalam 10 minit. Tutup api dan periuk.
Bila nak makan, baru letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang..
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 10:48 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
Abah Puasa !!
"Ya ke abah puasa?"
"Eh, abah puasa!!".
Abah puasa, anak-anak kecoh, bayangkan kalau abah solat, mungkin anak-anak buat kenduri kesyukuran.
Dua ibadah yang wajib bagi muslim yang normal, maksud makngah, yang sihat tapi ada yang pilih untuk buat salah satu sahaja.
Kalau di timbang berat, makngah rasa puasa lagi berat. Hampir semua aktiviti nafsu tersekat di siang hari. By the time berbuka, terlalu kenyang nak buat aktiviti nafsu yang tersekat di siang hari itu.
Puasa di Malaysia hampir tujuh jam lebih. Tujuh jam lebih tanpa makan, minum, rokok, dan cakap tak elok pun terlarang. Semua kena puasa. TAPI MASIH ADA MANUSIA YANG LEBIH SUKA PILIH BERPUASA SAHAJA KENAPA YA......
Jadi, mereka yang puasa tanpa solat itu, apa tujuan mereka yang sebenar?. Kenapa mereka pilih untuk berpuasa dan meninggalkan solat . Sedangkan kedua-duanya wajib. Tak buat berdosa dan akan di denda oleh Allah.
Siapa yang menakutkan mereka sehingga mereka berpuasa?. Kepada siapa pula mereka nak tunjukkan yang mereka kuat, boleh berpuasa?.
Bagi abah, dia dah lewat 60 an. Siapa berani marah abah kalau abah tak puasa. Macam juga abah tak solat, tak ada siapa berani marah atau paksa. Abah selamba je tak solat depan anak-anak. Tak ada pun abah rasa malu atau takut.
Jadi, kenapa abah berpuasa?
Makngah harap sangat abah-abah di luar sana yang puasa tapi tak solat, berkongsilah dengan kami kenapa anda berpuasa tapi tak solat?. Kalau abah tak pandai nak main komputer, makngah yakin anak-anak abah yang ikut perangai macam abah boleh tolong abah.
Ceritalah pada kami apa yang anda faham dan apa yang anda lihat pada puasa dan solat sehingga anda memilih untuk mengambil salah satu ibadat wajib ini.
Please help us to understand you people.
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit".
( Surah Ibrahim : 38 )
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 9:50 PM 0 comments
Labels: sikap
Saturday, August 22, 2009
Mari Berperang
Jangan bagi alasan puasa, orang lain pun puasa juga tapi macam-macam mereka boleh buat. Kalau makngah kata zaman nabi, nabi s.a.w boleh takluk Mekah pada bulan puasa, menang di perang Badar tentu kamu kata, alah itu nabi, kami bukan nabi.......
Kalau mengaku islam, nabi adalah ikutan kita.
Tapi Allah tidak bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Kalau tak mampu perang macam nabi.... carilah peperangan yang kita mampu sertai.
Jom ikut makngah.......
Daerah pertama yang akan kita serang ialah..........TANDAS DAN BILIK AIR.
Tandas adalah kawasan penempatan segala jin dan syaitan yang menghuni rumah kita. Itu sebab nabi ajar kita baca doa sebelum masuk tandas.....doanya ialah
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada ( gangguan ) syaitan jantan dan syaitan betina".
Hadith Bukhari Dan Muslim.
Untuk berperang dalam tandas, senjata yang di perlukan ialah:
beg plastik,
sarung tangan,
berus tandas,
serbuk pencuci tandas,
baldi,
air dan akhir sekali
pewangi.
Kita mulakan dengan pakai sarung tangan dan ambil beg plastik. Kutip botol-botol syampoo atau sabun yang dah kosong, masukkan ke dalam beg plastik. Jangan lupa berus gigi yang dah kembang macam kueh bahulu tu. Juga bekas ubat gigi yang dah habis. Kalau masih sayang lagi, potong bekas ubat gigi, dan korek saki baki ubat yang masih ada. Bekas syampoo dan sabun boleh di potong untuk buat bekas pokok daun duit. Buat hiasan atas meja. Jangan lupa letak garam, nanti nyamuk pula bersarang.
Buang beg plastik dalam tong sampah.
Kemudian,tadah air dan masukkan ubat pencuci tandas. Siram pada lantai dan dinding tandas/bilik air. Jangan lupa daun pintu tandas/bilik air termasuk tingkap kalau ada. Biarkan beberapa minit.
Sementara menunggu sabun membunuh kuman-kuman yang ada......kutip semua lapik kaki termasuk lapik plastik dan masukkan ke dalam washing machine. Jangan lupa selipar yang berlendir tu. 'Run'kan sekali dalam machine.
Kembali ke tandas, berus lantai dan dindingnya sekali. Berus kuat-kuat sikit sehingga lendir-lendir dan kulat tertanggal. Jangan lupa berus daun pintu dan tingkap. Oops...dinding jangan kuat sangat, nanti cat tercabut pula. Oooops lupa lagi.... rumah you all pakai tiles.
Siram air secukupnya.
Akhir sekali, letak pewangi.
Syaitan tak suka tempat yang bersih. Tapi this time dia kena ikat, dia tak mampu nak melawan balik. Maintainlah tandas/bilik air seperti yang dah di cuci ini. Bukan ke di sini kita membersihkan diri dan berwudhuk.
Kalau kita dapat maintain kebersihannya sehingga akhir hayat, maknanya kita dah menang dalam pelawanan ini dan bolehlah kita declare kawasan ini adalah kawasan kita dan pacaklah bendera kemenangan kita.
Di lain kali makngah ajak perang di kawasan lain pula. Kita akan terus menakluk dan menakluk.....
Salam Victory dari makngah.
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 4:18 PM 0 comments
Labels: tauladan
Friday, August 21, 2009
Tawaran bonus hebat datang lagi.. Jom kita!!
Di sebut di dalam Al quran, di ceritakan oleh Nabi SAW, di ceramahkan oleh ustaz-ustaz, di tulis di paper, internet, buku-buku dan majalah-majalah, di perdengarkan di dalam radio dan di tayangkan di tv.
Mustahil kita boleh miss info tentang ramadhan dan apa yang harus kita lakukan di bulan ini. Mustahil kita boleh kata, " mana aku tahu!!!"
Unlike Hari J Card yang di tawarkan kepada ahlinya. Maklumat di hantar pada address yang tertulis pada borang keahlian. Kalau kita tak ada di rumah atau jemputan hilang dalam perjalanan, jawabnya misslah hari yang di nanti-nantikan itu.
This year makngah tak dapat jemputan J Card. Makngah berkelana. Kebetulan kawan yang ahli J Card mendapat jemputan dan mengajak makngah menemani dia shopping.
Wah!! terkejut beruk makngah. Begitu ramai sekali orang. No parking dalam shopping complex. Bahu-bahu jalan pun penuh dengan kereta. Troli pun susah nak dapat. Orang sungguh ramai. Kami berebut-rebut mencari apa yang di perlukan untuk hari raya tahun ini.
Kebanyakan jualannya memang murah. Potongan harga sampai 70%. Makngah tengok ada yang dah penuh troli dengan barangan, pergi ke kereta simpan barang dan masuk balik untuk mendapatkan barang yang lain.
Makngah di fahamkan oleh kawan makngah yang jirannya dan adik jirannya dari Pantai Timur akan beri'tiqaf dari pagi sampai malam di Jaya Jusco. That means, breakfast, lunch dan dinner di Jaya Jusco. Kerana nak pilih barang dan menunggu tawaran durian runtuh yang lagi runtuh, di adakan secara rambang waktu. Macam kita menunggu lailatulqadar.
Habis shopping, kami balik ke rumah dan mengeluarkan barangan yang di beli tadi.Seronok dapat beli barang mahal dengan harga yang murah. Walaupun badan kami penat, kami tetap rasa seronok dan puas hati.
"Ya Allah,Engkau jadikanlah diri-diri kami ini bersungguh-sungguh dalam merebut tawaran Ramadhan Mu ini jauh lebih baik dari kesungguhan kami di Jaya Jusco tempoh hari, Ya Allah. Kuatkan lah iman dan taqwa kami terhadap Mu, Ya Allah. "
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. Amin Ya Rabb."
( Surah al Baqarah : 250)
Dari makngah sekeluarga.
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 11:21 AM 0 comments
Labels: sikap
Husband of the year
Makngah dapat gambar ni dari anak makngah. Thank you kak ngah.
Husband of the year awards
An honorable mention for :
The United Kingdom
....followed closely by The United States of America
and then ... Poland
but 3rd Place must go to…
.. Greece
it was very very close but the runner up prize was a warded to... Serbia
but the winner of the husband/partner of the year
...is
Ireland
Ya gotta love the Irish.
The Irish are true romantics , look, he's even
holding her hand.
Woman has Man in it;
Mrs. has Mr . in it;
Female has Male in it;
She has He in it;
Madam has Adam in it;
Ever notice how all of women's problems start with MEN ?
MEN strual cramps
MEN tal breakdown
MEN opause
GUY necologist
AND ..
When we have REAL trouble, it's a
HIS terectomy .
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 8:21 AM 0 comments
Labels: copy cat
Thursday, August 20, 2009
Ketua Keluarga?
Mereka bukanlah ibu tunggal atau ibu tinggal. Mereka mempunyai suami,yang sah di sisi syarak.
Yang BESTNYA, suami-suami mereka bukannya ada perempuan lain atau isteri lain dan bukan juga cacat. Ada yang boleh di kategorikan sebagai orang yang berpelajaran malah ada yang bijak berhujah dalam agama.
Yang seorang ni, pakar dalam komputer. Duduk dalam bilik siang dan malam mengadap komputer. Anak dan isteri, ibu dia yang tanggung dan sekarang bekas isteri dan bekas mertua yang tanggung. Dia masih di dalam bilik mengadap komputer.....???
Yang seorang ni, tinggi lampai, muka boleh tahan, dulu pernah jadi accountant, tapi sekarang...duduk rumah ... jaga anak...tunggu isteri bawa balik duit...duit rokok pun isteri kena tanggung.
Yang ni lagi best, hantar anak-anak sekolah agama, rumah penuh dengan buku-buku agama, tapi duduk rumah... tunggu isteri bawa balik duit untuk hidup.
Bila di tanya pada isteri mereka, mereka tak mahu kerja ke? jawapan yang sama dari isteri, ...MEREKA PILIH KERJA..
Kerja tu tak nak, kerja ni tak sesuai, kerja lain tak minat......dan berbagai lagi alasan yang memualkan bagi makngah.
Mungkin its not fare bagi makngah nak judge mereka because iam not there dalam rumah tangga mereka. Tetapi makngah ingin sangat tahu perasaan mereka ni. Bukan perasaan mereka tapi apa yang ada dalam otak mereka, maksud makngah apa yang mereka fikirkan.....
Apa yang mereka faham erti sebagai anak lelaki, suami atau ayah......... dengan lain perkataan Ketua Keluarga.
Bagaimana agaknya mereka memandang diri mereka, bukan memandang, menilai diri mereka di depan keluarga mereka ini.
Adakah mereka merasa diri mereka sangat lemah, sehingga memerlukan kaum hawa melindungi diri mereka???
Atau mereka ini opportunist......
Or helpless......hopeless kot......
Guys yang seperti ini, jangan marah pada makngah. Curiousness yang buat makngah taip topik ini.
Makngah tak pandai nak cakap dari sudut agama dan social. Dan makngah tak pasti juga adakah semua ini crime dalam penghidupan. Tapi makngah sedih tengok sang hawa yang terpaksa berkerja kuat, berfikir kuat, bagaimana nak cukupkan wang perbelanjaan and at tha same time serve you guys.
Patutlah dulu cikgu makngah ada berkata " women will get 3 rings in their life.
Ist ring, engagement ring,
2nd ring, wedding ring and the
3rd ring.... SUFFERING........
terdaya kami memikulnya. Maafkan kesalahan kami, ampunilah dosa kami,
dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami. Maka tolonglah kami
terhadap kaum yang kafir.Amin Ya Rabb."
( Al Baqarah : 286 )
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 7:50 AM 1 comments
Labels: sikap
Sunday, August 9, 2009
Adakah buah pinggang anda sihat?
KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka. Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu. Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya berhenti berfungsi. Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang hayatnya. Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah pinggang kekal terjadi. Tanda-tanda kerosakan buah pinggang: * Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama- kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan * Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak * Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata * Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein * Cepat letih dan mengantuk * Kerap sakit kepala * Mengalami masalah tidur * Kurang selera makan dan penurunan berat badan * Terasa seperti hendak muntah, loya * Darah di dalam air kencing Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD) Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan CKD. “Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi. “Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27 peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),” katanya. Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati. Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka akan mempunyai tekanan darah tinggi. Masa untuk melakukan ujian! Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia menghidap diabetes. “Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau. Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal. Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius. Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada peringkat awal. “Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk. “Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya. Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih 4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008. Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti dikenali sebagai ‘Kidney Care’. “Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur status berat badan. “Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis dengan lebih tepat,” ujarnya. Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu. Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini. Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110. Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat * Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa) * Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg * Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah * Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita) * Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2 |
Petikan dari www.tkodaily.net. |
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 5:57 PM 0 comments
Labels: copy cat
Saturday, August 8, 2009
Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
Jangan marah, makngah copy paste.....( khas untuk mereka yang malas mencari ). | |
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini. Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan) Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia |
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 5:02 PM 0 comments
Labels: copy cat
Selsema Babi.......
Makngah tidak mempunyai banyak ilmu tentang selsema babi ataupun virus H1N1. Apa yang makngah tahu adalah dari sedikit bacaan yang makngah dapat dari internet atau dari perbincangan rakan-rakan.
Orang tua-tua dulu kata " Dah kena baru mengadah ".
Semalam makngah ke Shah Alam kerana cucu saudara makngah, kak Dibah sakit. Sebelum tu dia memang tak sihat since bulan Jun, tapi mamanya ingat sakit biasa. Tapi apabila dia rebah semasa rakaat ke 3, dalam solatnya, mama dia gelabah dan terus bawanya ke klinik swasta. Ex-ray dada and ambil darah. Doktor tu kata tonsilnya bengkak.
But again the next day, dia masih lagi demam n ngadu sakit-sakit sendi. Jadi semalam mama kak Dibah bawa kak Dibah ke klinik tapi kali ini ke klinik kerajaan kerana katanya kebanyakan klinik swasta tak terima pesakit yang ada tanda-tanda virus H1N1. Lagi pun klinik kerajaan boleh keluarkan result darah jam-jam tu jugak.
Alhamdullilah.... kak Dibah bebas dari jangkitan virus H1N1, and confirmed tonsil dia yang bermasalah dan perlukan operation jika bengkaknya semakin membesar.
" Ya Allah yang menurunkan penyakit dan juga yang menurunkan penawarnya, selamatkan kami umat islam dari bencana H1N1 ini dan berikanlah kebaikan dunia dan akhirat kepada kami semua. Ya Rahman Ya Rahim, kalaulah kami yang Engkau pilih untuk di duga, sabarkan lah kami dengan dugaan ini dan berilah kami ganjaran di atas kesabaran kami ini. Sesungguhnya tiada upaya bagi pihak kami dan hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin... Ya Rabb."
Terima kasih kepada pihak klinik yang menyediakan kanopi dan kerusi untuk kami dan pesakit menunggu giliran. Dan tahniah kepada kakitangan yang bekerja keras membantu pesakit-pesakit dan keluarga pesakit. Jasa mu di kenang dan semoga Allah membalas kebaikan kamu
semua..
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 11:01 AM 0 comments
Labels: tauladan
Monday, August 3, 2009
Peluang Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pada 17hb-19hb Julai 2009, makngah mengikuti Kursus Refleksologi Sebagai Satu Kaedah Pemulihan Kesihatan Dan Stres.Kursus di anjurkan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kursus di sampaikan oleh penceramah jemputan yang pakar dalam bidang refleksologi serta memperolehi kelayakan dan kemahiran dalam bidang Therapeutic Thai Massage Foot Reflexologist iaitu Dr Ahmad Ezanee Che Mansor Dari RE Millenium Sdn. Bhd. Beliau dibantu oleh isteri beliau The Lovely Puan Zainon dan bekas anak muridnya The Helpful Kak Engku.
Sebelum makngah nak cerita panjang lebar lagi, makngah nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak DBKL.
Demi ingin memajukan warga kota, DBKL telah berkerjasama dengan persatuan ibu tunggal Flat Jalan Jelatek Kuala Lumpur dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada puan Nor Reha Binti Kassim dan Cik Nurqistina dari DBKL yang sentiasa memantau supaya program dapat di jalankan dengan jayanya.
Bukan saja program padat dengan ilmiah, kami juga di hidangkan dengan juadah yang sangat memuaskan tekak, terutama katerer pada hari pertama.
Hanya satu saja yang makngah terkilan, tandas di flat itu sungguh menjijikkan. Harap pengurusan DBKL di situ lebih serius dalam urusan kebersihan, apatahlagi dalam negara di serang berbagai jenis kuman yang meragut nyawa.
Selama ini makngah tidak tahu yang DBKL ada menyediakan kursus yang berbagai untuk warga kota yang memerlukan. Rugi kalau persatuan penduduk di kota tidak mengambil kesempatan ini untuk menambah ilmu.
Bersatulah wargakota,
buatlah perancangan untuk persatuan tuan-tuan. Pergilah jumpa pegawai-pegawai DBKL yang bertangguingjawab dan berbincanglah dengan mereka.
Mungkin tuan-tuan kena tunggu lama, tunggulah. Jangan bagi rasuah kerana masih ada pegawai-pegawai yang ikhlas dalam memberi khidmat.
Tetapi mereka terpaksa melalui beberapa proses sebelum program tuan di luluskan.
Sabar.........
ia adalah separuh dari iman kita.
quote untuk dikongsi:
"pada penghujung hayat kita,bukan berapa lama kita hidup yang menjadi ukuran.Tetapi bagaimana kita menggunakan kehidupan kita"
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 9:57 AM 0 comments
Labels: tauladan
Tuesday, July 14, 2009
Jagailah Semasa Masih Ada.
YA, 30 Jun 2009..adalah hari makngah ke klinik gigi.
Ke klinik gigi bukanlah budaya makngah. Makngah ingat selama makngah hidup di muka bumi ini, tak sampai 5 kali makngah ke sana.
Alasannye....rasa tak perlu kot.
Sehinggalah baru-baru ini makngah sakit gigi yang teramat sangat...masih lagi enggan.Tetapi atas desakan anak-anak, makngah terpaksalah pergi.
Ingatkan cerewet ke klinik gigi,lebih-lebih lagi klinik kerajaan. Rupanya tidak. Sebagai penderma darah, makngah tak perlu bayar apa-apa. Tinggalkan i.c dan ambil nombor giliran. Lepas tu, tunggu....
Kebetulan orang tak ramai pada hari itu, makngah hanya perlu tunggu 15 minit sahaja.
Alah tengok drama pun 15 minit, lepas itu iklan. Begitu juga di dalam klinik tu, macam-macam ragam makngah dapat tengok.
Nama makngah di panggil masuk. Terus duduk di kerusi panjang dan kerusi itu di baringkan untuk memudahkan doktor melihat ke dalam mulut makngah.
"Bukak mulut......"
"besar lagi...."
"gusi kakak bengkak sangat...
menanah...
gigi ni tak boleh di simpan lagi...
kena cabut...
4 batang gigi yang dah goyang......
ni dah stage 3 dah....
Saya bagi akak antibiotik untuk 5 hari, lepas tu akak datang balik ke klinik untuk cabut gigi yang goyang". penerangan Doktor yang menyebabkan makngah tak senang duduk.
"Doktor....tak ada cara lain ke nak selamatkan gigi saya.
Kalau di cabut, susahlah saya nak kunyah makanan.
Gigi gerham saya tinggal yang ini saja." Makngah cuba merayu pada Doktor.
"Boleh buat root planning, tapi kami tak buat di sini.
Akak pergilah ke klinik swasta.
Carries akak sangat tebal....
akak nak buat scalling...saya bagi tarikh untuk appointment?" cadang Doktor.
Makngah punya gigi yang agak cantik ( semasa muda ). Setiap kali pregnant, hilang satu gigi. Kurang kalsium katanya.
Gigi di gosok sekali sahari. Selain dari itu makngah tak buat apa-apa. Kawan-kawan pergi ke klinik gigi 6 bulan sakali, makngah rasa tak perlu.
Kawan-kawan guna benang flos untuk membuang sisi makanan, makngah malas.
Kawan-kawan guna kayu sugi, makngah geli.
Kawan-kawan kumur mulut dengan ubat kumur, makngah kata membazir.
Pada makngah semua itu tak perlu, gosok gigi dah cukup.
Hari ini makngah menyesal dengan sikap makngah yang bodoh sombong itu. Gigi yang goyang makngah tak cabut lagi. Makngah cuba nak selamatkan juga.
Jadi makngah kena ambil extra care. Setiap kali selepas makan, gosok gigi atau kumur mulut banyak kali.Makngah guna lesterine, tapi makngah tak suka kerana rasanya pedas dan manis, so makngah ganti dengan air garam suam.
Gosok gigi pun cara atas ke bawah, bukan kiri kanan. Tak gosok kuat-kuat,takut gusi merendah dan gigi nampak panjang.
Makan pun makanan yang lembut-lembut. Dan minum pun minum air tea eucommia ( macam tea cina..tanpa gula. Good for skin and blood). Dan makngah dah masuk dalam timetable, lawatan ke klinik gigi pada bulan december nanti, insahAllah.
Bila sakit gigi, bukan saja rasa denyut yang sangatan, tapi bau mulut yang sangat tidak menyenangkan. Kalau makngah saja yang bau, tak apalah.....tapi orang lain pun jadi mangsa makngah. Orang yang tahu mulut makngah busuk akan lari dari makngah tapi makngah yang tak sedar diri akan cari mereka untuk ajak bersembang.
Kesian mereka yang menjadi mangsa makngah. Semoga mereka itu mengampunkan dosa-dosa orang-orang seperti kami yang banyak menyusahkan orang lain dengan kejahilan kami...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Amin Ya Rabb."
(Al Baqarah : 286)
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 9:53 PM 0 comments
Labels: sikap
Monday, July 13, 2009
Perjalanan Yang Tidak Jemu
Hari ini.....
Kuala Terengganu umpama ibu muda yang tiap tahun melahirkan anak sehingga ibu muda ini tiada masa untuk dirinya dan anak-anaknya kerana terlalu sibuk, melainkan kalau nak ke kenduri kahwin, barulah dia bersolek dan kalau ada tetamu nak bertandang ke rumah, barulah rumah di bersihkan tetapi anak-anak tetap terbiar.
Makngah dulu sentiasa bangga dengan sikap orang Terengganu, walaupun masih tak maju, tapi apabila melakukan sesuatu, mereka melakukan dengan yang terbaik.
Contoh,
songket siapa yang paling bermutu?
keropok siapa yang paling sedap,?
bot layar siapa yang orang dari serata dunia datang tempah?
tembaga yang paling berkualiti?
dan banyak lagi yang baik datang dari Terengganu.
Hinggakan penyu pun decide nak meninggalkan anak-anaknya (telur-telur) di pantai Rantau Abang kerana yakin dengan kebaikan orang-orang Terengganu. Bagusnya Terengganu ini.
Tetapi hari ini generasi yang sukakan kebaikan makin kurang.
Yang tinggal hanyalah mereka yang cuba mengejar barang yang tertinggal oleh datuk nenek mereka, iaitu kemajuan.
Dalam mengejar kemajuan, mereka lupa tentang satu ilmu yang dulunya di praktikkan oleh datuk nenek mereka iaitu" apa saja, lakukan dengan terbaik".
Maka, songket, batik, keropok lekor, tembaga adalah barang biasa saja sekarang, macam negeri lain.
Sehinggakan penyu pun malas nak mendarat di Terengganu, kerana harapkan Rantau Abang, abang yang makan telur-telurnya.
Terkejutlah satu dunia apabila bumbung stadium yang baru di bina dan digunakan, roboh di Terengganu,
kolam renang bertaraf antarabangsa retak di sana sini,
dan masalah lapangan terbang yang baru di naik taraf pun tak dapat ditutup dari pengetahuan orang ramai.
Dulu kalau ke pantai, pasirnya sangat cantik, putih bersih.
Kalau adapun mereka yang sedang berpenyu di tepi pantai (kekurangan tandas awam).
Tapi hari ini, pasirnya penuh dengan sampah sarap, botol minuman baik kaca mahupun plastik, bungkusan makanan dan yang paling mengharukan diapers kanak-kanak.
Barang dan makanan di Terengganu memang mahal berbanding Kuala Lumpur atau pun di Kelantan.
Ikan selayang yang kecil sekilo RM6.00,
ikan kembong sederhana besar RM12.00,
cili padi kampung segenggam RM2.00.
Tetapi kalau nak murah boleh ke Mydin Mall di Kuala Terengganu.
Besar dan barangnya banyak tapi kualiti....
Orang-orang Terengganu jangan marah dengan makngah.
Makngah bukan kritik kerana benci tapi sayang.
Masih ada peluang dan ruang untuk kita kembali kepada akhlak Islam yang di ajar oleh datuk nenek kita dulu.
Nak maju, tak semestinya kita lupa dan gadaikan prinsip yang baik.
Apa salahnya dia seiring.
Biar lambat tetapi apabila sampai, ia memuaskan hati semua pihak dan menjadi sebutan yang baik dari generasi ke generasi.
( Surah Al Kahfi : 10 )
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 8:52 PM 0 comments
Labels: sikap
Saturday, July 4, 2009
The story of Muthu
So much to share,at the end makngah decided yang ni.....
Interviewer: 'What is your birth date?'
Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'
MUTHU & HIS MANAGER
The Manager asked Muthu at an interview... .
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'
MUTHU & LONDON TRIP
After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look like a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'
Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's why.'
Wife : ?????????
MUTHU & TOURIST
A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village....
Muthu said, 'No sir, only babies were born here.'
MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!'
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked.
Then he cut off the third leg and did the same.
Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'
MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'
MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.
Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard
'WASH BASIN'
*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*
Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'
Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '
Oh... Lastly.... I forgot ............. . the funniest...
At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ???
Because a lady journalist with a badge which read '*PRESS*' pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!
Posted by Tip Sihat Cerdas Alami at 6:32 PM 0 comments
Labels: copy cat